Apa yaang kami lakukan

Pakar perniagaan lain, yang mengetuai bidang masing-masing

Perkhidmatan Kesihatan

Mengumpul bahan muangan yang berbahat.

Pakaian Kerja

Bagi pakaian sewa untuk kakitangan perindustrian dan perindustrian (France).

Penjagaan harta

Untuk pemeriksaan lembab, cacing kayu, rawatan kayu rotan (UK).

Pengharuman Premium

Penguasaan dalam pengharuman untuk meningkatan pengalaman pelanggan.

Pakar kebersihan

Untuk menyediakan perkhidmatan pembersihan yang sangat khusus. (UK dan negeri Eropah).


Rentokil

Rentokil adalah syarikat kawalan serangga komersial yang terkemuka di dunia yang menyediakan tahap pengurusan risiko, jaminan dan respons yang tinggi kepada pelanggan.

Di seluruh dunia, perniagaan dan pemilik rumah mempercayai Rentokil untuk menyelesaikan masalah serangga mereka. Kami menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan kawalan serangga dari tikus kepada serangga yang terbang dan merangkak, malahan apa jua bentuk pengurusan hidupan liar yang lain. Negara yang berbeza mempunyai cabaran tersendiri, seperti masalah ular di Afrika Selatan dan anai-anai di Amerika.
Kami mempunyai saluran inovasi yang kuat. Pusat Tenaga adalah tempat kami menyediakan penyelesaian yang efektif dan inovatif untuk kawalan serangga, dengan penekanan khusus pada kesehatan, keselamatan, dan perlindungan alam sekitar.

Tahu kah anda?

Perkhidmatan 'Internet of Things' kami menggunakan alat tikus yang ditanamkan sensor dan sambungan mudah alih. Unit-unit ini berkomunikasi dengan Pusat Perintah 'Rentokil' secara online dan juruteknik dan pelanggan dimaklumkan melalui myRentokil, portal pelanggan dalam talian terkemuka di industri ini. Ini membolehkan tindak balas yang cepat terhadap masalah baru sebelum ia merebak.

Adalah rawatan haba bebas kimia yang digunakan untuk mengawal pepijat katil dan membantu mencegah serangan semula serangga. Rawatan haba membunuh semua peringkat hayat serangga perosak - menghilangkan telur, larva dan serangga dewasa dalam satu rawatan.

Rentokil menjalankan penyelidikan untuk terus mengatasi keperluan pengawalseliaan. Sebagai contoh, unit kawalan tikus RADAR kami menggunakan CO2 daripada rodenticides tradisional.


Initial Hygiene

Kebersihan Initial menyediakan perkhidmatan kebersihan yang berdedikasi dan profesional. Ia menawarkan pelbagai perkhidmatan kebersihan bilik mandi yang luas termasuk penyediaan dan penyelenggaraan produk seperti penyegar udara, sanitizer, unit kebersihan feminin, pengering tangan, dispenser tuala kertas dan linen, dispenser sabun, dispenser kertas tandas dan tikar perlindungan lantai.

Kedua-dua rangkaian kebersihan kami, Signature dan Reflection, menawarkan pelbagai perkhidmatan dan rupa dan perasaan yang konsisten untuk pelanggan.

Persekitaran yang bersih adalah tempat yang lebih selamat, lebih sihat dan lebih menyenangkan untuk kehidupan atau bekerja. Mewujudkan amalan kebersihan yang baik di seluruh organisasi mengurangkan risiko jangkitan yang berpindah dari seorang ke seorang. Akibatnya, mengurangkan hari-hari sakit dan peningkatan produktiviti.

Tahukah anda?

Initial telah melancarkan pelbagai produk kebersihan tanpa sentuh untuk mengurangkan risiko pencemaran silang di bilik kecil.

Rangkaian warna baru pada produk kebersihan kami boleh didapati dalam sembilan warna dan tiga kemasan - untuk menyesuaikan hiasan atau jenama bilik mandi pelanggan sendiri, serta membina standard kebersihan yang tinggi.

Di dalam bilik kecil mudah diakui sebagai cara mengurangkan jangkitan, tetapi amalannya dapat diperbaiki di kebanyakan organisasi. Rentokil Initial telah menjalankan satu siri ujikaji yang melibatkan 100,000 orang yang memantau pencucian tangan. Hasil daripada ujikaji ini, pematuhan pencucian tangan meningkat di antara 30-50% ketika HygieneConnect Initial dipasang. Ini memantau pematuhan dan memaparkan peratusan pematuhan tanpa nama supaya orang di bangunan boleh melihatnya. Ia mengubah tingkah laku dengan cepat dan berterusan.

Di UK, Kebersihan Initial telah menggantikan 50,000 penyegar udara berasaskan aerosol dengan unit Modular Airfesh. Unit ini adalah lebih mesra alam, dengan pengurangan sisa sebanyak 46%, termasuk pengurangan 25% pada bahan kimia (digantikan dengan bahan yang mempunyai ketoksikan dan sifat mudah bakar yang rendah, yang membawa kepada pembuangan yang lebih selamat).


Ambius

Ambius menawarkan pelbagai jenis reka bentuk dan perkhidmatan pada tanaman untuk persekitaran yang dibina. Perkhidmatan kami termasuk paparan tumbuhan yang hidup dan juga tiruan untuk syarikat-syarikat perniagaan, perkhidmatan tanaman yang lengkap pada pejabat, pengharuman ambien, hiasan untuk perayaan komersial dan reka bentuk dinding hijau, termasuk pemasangan dan penyelenggaraannya. Dari konsep reka bentuk itu kepada pemasangan dan penyelenggaraan yang berterusan, kami bersemangat untuk menyediakan pengalaman bertaraf dunia untuk apapun jenis perniagaan. Keinginan kami ialah untuk menyampaikan reka bentuk berinspirasi serta menggunakan kuasa tumbuh-tumbuhan untuk meningkatkan kesejahteraan mereka yang menggunakan ruang itu. Setiap projek ada gaya tersendiri untuk mencerminkan keperluan dan jenama khusus suatu perniagaan.

Adakah kamu tahu?

Ambius berbangga atas kepemimpinannya dalam reka bentuk landskap dalaman. Ini memberi makna yang baik dimana industry kami mengenali kami atas kerja keras yang kami lakukan semasa Anugerah Antarabangsa Plantscape tahunan. Semasa upacara 2017, kami berjaya menetap satu rekod baru iaitu memenangi sebanyak 25 anugerah.

Keterlibatan dan kesejahteraan adalah simbiotik. Orang-orang pada asasnya paling produktif, dan pelawat mempunyai pengalaman yang lebih baik, di mana terdapatnya tahap penglibatan dan kesejahteraan yang tinggi. Melalui reka bentuk yang biophilic, Ambius membolehkan perniagaan untuk memanfaatkan keperluan manusia dalam persekitaran semulajadi. Kami amat berbangga untuk menaja projek penyelidikan Pejabat Biophil pertama di dunia dengan Penubuhan Pembangunan Penyelidikan.

Pakar-pakar reka bentuk Ambius boleh memberikan syarikat pengalaman perayaan yang boleh mengkagumkan pengunjung dan melibatkan kakitangan. Di Belanda sahaja Ambius telah menyampaikan lebih daripada 2,700 pokok Krismas kepada pelanggan, yang dihiasi dengan lebih daripada 750,000 hiasan bauble dan lebih sejuta lampu, serta lebih dari 2.5 km garland Krismas!