Apakah Rentokil Initial harapkan dari rakan-rakannya?
Untuk terus menunaikan piawaian tertinggi yang diharapkan oleh pelanggan kami, kami mempunyai beberapa keperluan teras, yang mana kami percaya adalah harapan yang munasabah buat semua rakan sekerja kami.
Semua rakan sekerja harus mengikuti tingkah laku etika Rentokil Initial. Ini bermakna berurusan dengan pelanggan dan rakan dengan integriti dan bermaruah, bekerja dalam batas undang-undang dan peraturan yand disediakan, dan menghormati kerahasiaan maklumat syarikat dan pelanggan. Rentokil Initial berharap semua orang akan berkelakuan dengan cara yang sesuai selaras dengan Tatakelakuan kami. Tingkah laku yang baik juga bermaksud bertindak secara bertanggungjawab berkaitan dengan dasar dan garis panduan Kesihatan dan Keselamatan syarikat. Kesimpulannnya, tidak ada yang lebih penting daripada keselamatan rakan sekerja, pelanggan dan orang lain yang kami hubungi semasa penyampaian perkhidmatan kami. Statistik Kesihatan & Keselamatan dikaji semula pada setiap mesyuarat Lembaga PLC utama syarikat dan pasukan kepimpinan eksekutif.
Anda harus memenuhi janji-janji yang dibuat kepada pelanggan, memeluk nilai-nilai kami dalam kerja seharian, dan jika mungkin, melebihi jangkaan!
Perkhidmatan
Melangkah lebih jauh, melakukan yang terbaik, berbangga dengan apa yang kami lakukan
Hubungan
Menjadi terbuka, jujur dan bermanfaat kepada pelanggan dan rakan sekerja untuk jangkamasa panjang
Kerja berpasukan
Berkongsi amalan terbaik, berkolaborasi, berkomunikasi dan bekerjasama untuk mendapatkan hasil yang terbaik
Nilai kami diselaraskan di seluruh syarikat. Kami juga telah membina nilai dan tingkah laku kami ke dalam proses piawaian Kajian Kemajuan Peribadi kami. Dalam mengkaji kemajuan dengan pengurus mereka, rakan sekerja kami dapat menilai kemajuan, kekuatan dan kelemahan mereka dan merancang bagaimana mereka akan berkembang dan bertambah baik.
Rentokil Initial berharap rakan sekerja akan setia kepada syarikat, dengan maksud untuk mengesyorkan perkhidmatannya di mana mungkin, taat bersama syarikat dan menikmati kerjaya yang panjang dan bermanfaat. Syarikat menghormati rakan sekerja dari semua peringkat umur dan lama perkhidmatan.
Sama ada harapan pelanggan atau rakan sekerja, kami sentiasa berusaha untuk mencapai lebih. Kami menetapkan tahap prestasi yang tinggi: kami ingin menggunakan kepakaran kami untuk memberikan prestasi tinggi sebagai piawaian. Kepakaran kami datang dari latihan rakan-rakan kami, wawasan global kami dan dengan berinovasi untuk menyediakan alat yang terbaik.
Apa yang rakan sekerja boleh harapkan di Rentokil Initial?
Syarikat akan sentiasa meletakkan keselamatan terlebih dahulu. Kami tidak akan memkompromasikan keselamatan. Kami mempunyai dasar yang jelas dan menyediakan latihan yang meluas. Tiada apa yang lebih penting kepada kami selain keselamatan anda. Kami mahu mencipta tempat kerja yang membanggakan kita semua. Kebanyakkan rakan sekerja yang bekerja di Rentokil Initial merasa bangga bekerja untuk syarikat dan merasakan bahawa peranan mereka memanfaatkan kemahiran dan kebolehan mereka. Mereka suka melibatkan diri mereka dalam organisasi yang berfungsi dengan piawaian yang tinggi, mempunyai kedudukan terkemuka di seluruh dunia dan menawarkan pelanggannya perkhidmatan, profesionalisme dan inovasi yang cemerlang. Kami juga komited untuk menjadi syarikat yang beretika dan bertanggungjawab.
Rakan sekerja di Rentokil Initial tidak perlu merasakan bahawa mereka menghadapi cabaran pekerjaan mereka sendirian. Salah satu daripada nilai teras kami adalah kerja berpasukan, dan di seluruh perniagaan kami mendapati bahawa kerja berpasukan adalah lebih bagus daripada bekerja individu - kerja berpasukan adalah teras DNA kami.
Di Rentokil Initial kami memberikan ganjaran selaras dengan jangkaan pasaran dan memberi peluang kepada rakan sekerja untuk menerima ganjaran tambahan berdasarkan prestasi. Pendekatan kami untuk penggredan dan imbuhan global bermakna rakan sekerja diberi imbuhan untuk peranan yang mereka lakukan tanpa mengira usia atau jantina, oleh itu memastikan kami akan terus menawarkan tempat kerja yang adil dan saksama.
Semasa bekerja di Rentokil Initial, rakan sekerja dapat memastikan pengiktirafan terhadap usaha dan prestasi mereka. Ini mengambil banyak bentuk, dari faedah kewangan yang sesuai, yang dinilai dengan menggunakan analisis bebas, kepada skim pengiktirafan untuk menyampaikan kerja yang hebat dan pencapaian lain. Secara mudahnya, kami berhubung dan menyokong satu sama lain; memastikan setiap pencapaian harian diiktirafkan dengan 'terima kasih'
Rentokil Initial menawarkan pelbagai peranan untuk memenuhi semua peringkat umur, tahap pencapaian pendidikan dan kebolehan, dan semua orang mempunyai peluang yang sama untuk maju. Beberapa peranan kami adalah kerja manual dan fizikal yang mencabar, yang lainnya adalah jualan yang difokuskan atau berasaskan pejabat; kami melihat dahulu untuk kesesuaian dengan nilai dan budaya kami. Akibatnya, Rentokil Initial mempunyai budaya perkhidmatan yang panjang.
Kepelbagaian adalah penting kepada kami. Kami mempunyai tempat kerja yang berlainan dan ingin menjadikannya sebagai inklusif, terbuka dan menarik sebagaimana kebolehan kami dengan pemimpin yang dapat dilihat oleh rakan sekerja dan yang menggalakkan komunikasi dua hala.
Rakan sekerja kami mempunyai tahap motivasi yang tinggi dan disediakan alat yang sesuai untuk menyelesaikan pekerjaan itu. Kaji selidik rakan sekerja terbaru kami mengesahkan ini, dan kami bekerja keras untuk terus memperbaiki tempat kerja, contohnya melalui penggunaan teknologi digital. Di atas kejayaan perniagaan tempatan dan jangkauan antarabangsa kami, kami ada adalah sebuah syarikat yang boleh menawarkan peluang yang tulen.