Juruservis Wanita Ambius Memangkas Tanaman Dalam Pasu Oren

Apakah jangkaan Rentokil Initial terhadap rakan
sekerjanya?

Untuk terus menunaikan tanggungjawab di tahap piawaian tertinggi yang diharapkan oleh pelanggan kami, kami mempunyai beberapa keperluan teras yang kami percaya adalah jangkaan yang munasabah kepada semua rakan sekerja kami.

Semua rakan sekerja harus menerima budaya etika Rentokil Initial dan tingkah laku yang tertinggi. Ini bermakna berurusan dengan pelanggan dan rakan sekerja dengan penuh integriti dan rasa hormat, bekerja dalam batasan undang-undang dan peraturan, dan menghormati kerahsiaan maklumat syarikat dan pelanggan. Rentokil Initial menjangka semua orang berkelakuan selaras dengan Kod Tatakelakuan ('Code of Conduct'). Tingkah laku yang baik juga bermaksud bertindak secara bertanggungjawab selari dengan dasar dan garis panduan polisi Kesihatan dan Keselamatan syarikat. Dengan kata lain, tidak ada yang lebih penting daripada keselamatan rakan sekerja, pelanggan dan orang awam yang terlibat secara langsung semasa perkhidmatan kami dijalankan. Statistik Kesihatan & Keselamatan dikaji pada setiap mesyuarat Lembaga Pengarah utama syarikat dan pasukan kepimpinan eksekutif.

Anda harus memenuhi janji-janji yang dibuat kepada pelanggan, menerima nilai-nilai kami dalam kerja seharian, dan jika mungkin, melebihi jangkaan!

Perkhidmatan

Melangkah lebih jauh, melakukan yang terbaik, berbangga dengan apa yang kita lakukan

Hubungan

Bersikap terbuka, jujur ​​dan bermanfaat kepada pelanggan dan rakan sekerja untuk jangka masa yang panjang

Kerja berpasukan

Berkongsi amalan terbaik, berkolaborasi, berkomunikasi dan bekerjasama untuk mendapatkan hasil yang terbaik

Nilai kami diselaraskan di segenap syarikat. Kami juga telah menyerapkan nilai-nilai dan tingkah laku ini ke dalam proses standard 'Ulasan Kemajuan Peribadi' kami. Dengan mengkaji kemajuan dengan pengurus mereka, rakan sekerja kami dapat menilai kemajuan, kekuatan dan kelemahan mereka dan merancang bagaimana untuk mereka berkembang dan menjadi bertambah baik.

Rentokil Initial sentiasa berharap yang rakan-rakan sekerja akan setia kepada syarikat ini, iaitu untuk komited dengan jenama ini, mengesyorkan perkhidmatannya apabila perlu, bekerja bersama syarikat ini dan menikmati manfaat dan tempoh kerjaya yang panjang. Syarikat menghormati semua rakan sekerja tidak kira umur dan tempoh perkhidmatan mereka.

Sama ada jangkaan tersebut datangnya dari pelanggan atau rakan sekerja, kami sentiasa berusaha untuk menjangkauinya. Kami menetapkan taraf prestasi yang tinggi dan mahu menggunakan kepakaran kami untuk menyampaikan prestasi tinggi sebagai piawai yang telah ditetapkan.

Kepakaran kami datang daripada latihan rakan-rakan sekerja, wawasan global dan dengan berinovasi untuk menyediakan peralatan terbaik.

Juruservis Lelaki Rentokil Pest Control Di Dapur Menggunakan PDA

Apa yang rakan-rakan sekerja boleh harapkan
dengan Rentokil Initial?

Melangkah lebih jauh, melakukan yang terbaik, berbangga dengan apa yang kami lakukan.

Syarikat akan sentiasa mengutamakan keselamatan. Kami tidak akan berkompromi dengan perkara berkaitan dengan keselamatan. Kami mempunyai dasar yang jelas dan menyediakan latihan yang meluas. Tiada apa yang lebih penting kepada kami. Kami mahu mencipta tempat kerja yang menjadikan kita semua berasa bangga. Ramai rakan sekerja yang bekerja di Rentokil Initial berbangga bekerja di syarikat kami dan merasakan bahawa peranan mereka dalam kemahiran dan kebolehan boleh dimanfaatkan. Mereka gembira bersama dengan organisasi yang mempunyai pencapaian piawaian yang tinggi, kedudukan terkemuka di seluruh dunia dan menawarkan pelanggannya dengan perkhidmatan yang unggul, profesionalisma dan inovasi. Kami juga komited untuk menjadi syarikat yang beretika dan bertanggungjawab.

Rakan sekerja Rentokil Initial tidak perlu merasakan bahawa mereka menghadapi cabaran pekerjaan seorang diri. Salah satu daripada nilai teras kami adalah kerja berpasukan, dan kami mendapati kerja berpasukan dapat mencapai lebih daripada kerja secara berindividu - kerja berpasukan adalah teras DNA kami.B

Di Rentokil Initial, kami memberikan ganjaran selaras dengan jangkaan pasaran dan rakan sekerja berpeluang untuk menerima ganjaran tambahan berdasarkan prestasi. Pendekatan penggredan yang digunakan dan pemberian imbuhan global di mana rakan sekerja dibayar untuk peranan yang mereka lakukan tanpa mengira usia atau jantina. Kami sentiasa memantau untuk memastikan kami terus menawarkan tempat kerja yang adil dan saksama.

Semasa bekerja di Rentokil Initial, rakan sekerja pasti mendapat pengiktirafan terhadap usaha dan prestasi mereka. Ini melibatkan pelbagai bentuk, dari faedah kewangan yang sesuai, yang dinilai dengan menggunakan analisis bebas, kepada skim pengiktirafan untuk penyampaian kerja yang cemerlang dan pencapaian lain. Dengan kata lain, kami bercakap dan menyokong antara satu sama lain; memastikan setiap pencapaian harian diiktiraf dengan ucapan 'terima kasih'.

Rentokil Initial menawarkan pelbagai peranan bersesuaian dengan semua peringkat umur, tahap pencapaian pendidikan dan kebolehan, dan setiap orang mempunyai peluang yang sama untuk maju. Beberapa peranan kami adalah mencabar dari segi fizikal dan mental, yang lain adalah fokus kepada jualan atau bertempat di pejabat; tetapi kami akan melihat dan bandingkan terlebih dahulu dengan nilai dan budaya kami yang bersesuaian. Hasilnya, Rentokil Initial mempunyai budaya pekerja yang mempunyai kesetiaan dalam perkhidmatan yang panjang dan lama.

Kepelbagaian adalah penting kepada kami dan dihormati. Kami mempunyai tempat kerja yang pelbagai dan menjadikannya inklusif, terbuka dan menarik bersama dengan pemimpin yang sentiasa menggalakkan komunikasi dua hala kepada rakan sekerja.

Rakan sekerja kami mempunyai tahap motivasi yang tinggi dan disediakan peralatan bersesuaian untuk melaksanakan pekerjaan mereka. Kaji selidik rakan sekerja terbaru kami mengesahkan hal ini, dan kami bekerja keras untuk terus memperbaiki tempat kerja, contohnya melalui penggunaan teknologi digital. Kami adalah sebuah syarikat yang, terima kasih kepada kejayaan perniagaan tempatan dan jangkauan antarabangsa, boleh menawarkan peluang tulen untuk kemajuan dan kejayaan kerjaya jangkamasa panjang anda.