
Apapun pengalaman atau latar belakang anda, umur atau pendidikan, dengan sikap dan nilai yang betul, ada peranan yang sempurna untuk anda di sini, di Rentokil Initial.
Kenali rakan sekerja kami
Di Rentokil Initial, anda adalah rakan sekerja. Anda adalah sebahagian daripada keluarga Rentokil Initial. Sebagai buktinya, ini adalah kata-kata dari ahli pasukan kami di serata dunia.
Rakan Sekerja Servis: Juruservis
Kami merupakan pakar dalam industri ini. Juruservis kami adalah titik hubungan utama dengan pelanggan kami, dan mereka ditugaskan untuk menyampaikan pelbagai perkhidmatan mengikut kawasan-kawasan yang ditetapkan. Di Rentokil Initial, kami menyedari bahawa rakan sekerja barisan hadapan adalah wajah perniagaan kami. Disebabkan itu, kami memberi sokongan tanpa sempadan dan berasa bangga apabila merekrut orang yang tepat untuk jawatan ini dengan melatih mereka dengan betul sambil memberi mereka peluang untuk berkembang maju.
Anda akan menjadi sebahagian daripada sebuah pasukan, tetapi untuk kebanyakan masanya, anda akan bekerja secara bebas dan bersendirian di tempat pelanggan. Kami faham bahawa pelanggan kami mengharapkan yang terbaik. Oleh itu, kami merancang dan menjadual rutin lawatan servis supaya memudahkan perjalanan harian juruservis kami. Akan tetapi, kadang-kadang pelanggan kami ada yang menghadapi kesulitan atau kecemasan di mana memerlukan respon dengan segera. Dalam situasi sebegini, kadang-kadang kami memerlukan juruservis kami untuk bekerja pada hujung minggu dan cuti umum.
Hari anda juga akan melibatkan pemanduan kenderaan syarikat; sesetengahnya ke tempat kediaman dan bangunan-bangunan komersil. Apa jua laluan destinasi anda, anda akan berpeluang untuk berinteraksi dengan pelbagai jenis pelanggan dan menjadi Duta Rentokil Initial yang kami banggakan! Akan terdapat banyak tempat berskala besar (terutamanya untuk bangunan komersial) dan ini memerlukan anda mempunyai tahap kecergasan dan kesihatan yang baik bagi memudahkan anda melaksanakan tugas dengan lancar.
Rentokil Initial berusaha untuk memberikan perkhidmatan pelanggan bertaraf dunia untuk memastikan kami membina hubungan yang kuat dan berterusan dengan para pelanggan kami. Kita mesti sentiasa meletakkan harapan dan kehendak pelanggan terlebih dahulu untuk memastikan keselamatan mereka terjamin.
Bagi rakan sekerja servis kami, juruservis kadang-kadang dikehendaki untuk mengendalikan bahan kimia berbahaya atau berada di dalam persekitaran yang mencabar. Kami juga menyedari bahawa memandu untuk tempoh yang lama boleh menjadi rumit dan memenatkan. Jangan risau! Kami menyediakan Latihan Kesihatan & Keselamatan dan latihan teknikal yang meluas kepada semua rakan sekerja kami. Beberapa latihan dijalankan secara bersemuka, tetapi kami juga mempunyai universiti atas talian di mana anda boleh mengasah pengetahuan anda pada bila-bila masa. Kesihatan & Keselamatan adalah keutamaan kami untuk memastikan semua orang selamat pulang ke rumah masing-masing.
Jualan
Rakan jualan kami adalah penting untuk pertumbuhan perniagaan yang berterusan dan membina hubungan yang kukuh dengan pelanggan kami untuk memacu Rentokil Initial ke hadapan. Rakan jualan kami arif mengenai semua yang anda perlu tahu mengenai produk dan perkhidmatan kami, dan memastikan keperluan pelanggan kami dipenuhi.
Anda akan menjadi sebahagian daripada sebuah pasukan, tetapi untuk sebahagian besar masa anda akan bekerja secara bebas dengan pelanggan. Pelanggan kami sangat penting untuk kami - anda perlu membuatkan mereka berasa dihargai semasa setiap lawatan atau panggilan telefon!Apabila anda mula-mula menyertai Rentokil Initial, anda akan menghadiri program induksi di mana anda akan dilatih untuk menjadi ahli kami di dalam bidang ini. Pengetahuan anda mengenai produk, perkhidmatan dan organisasi akan dibina lebih meluas. Beberapa latihan ini akan dilakukan secara bersemuka tetapi kami juga mempunyai universiti atas talian di mana anda boleh mengasah pengetahuan anda mengenai produk kami atau kemahiran menjual anda pada bila-bila masa!
Khidmat Pelanggan
Kami fokus dan bersemangat untuk menyampaikan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang! Tumpuan kami adalah untuk sentiasa fokus pada mereka dan memberi layanan terbaik kepada pelbagai pelanggan yang kami ada di dalam seluruh rangkaian perniagaan kami. Ramai pelanggan kami telah bersama kami selama bertahun-tahun, kerana ejen perkhidmatan pelanggan kami (yang merupakan titik hubungan pertama bagi pihak kami) akan sering membina hubungan yang baik dengan mereka! Oleh kerana kepelbagaian pelanggan yang kami ada, anda akan berhadapan dengan pelbagai panggilan setiap hari tanpa dua hari yang sama!
Kadang-kadang, rakan sekerja khidmat pelanggan kami diminta untuk menjawab panggilan pelanggan yang bermasalah. Namun, anda dikehendaki bersabar melayani semua pelanggan, walaupun berada dalam situasi yang tidak menyenangkan dimana anda hendaklah bersopan dan sedaya upaya membantu pelanggan dalam menyelesaikan isu yang mereka hadapi.Pasukan khidmat pelanggan kami di seluruh dunia dilengkapi oleh pengetahuan berkenaan dengan semua produk dan perkhidmatan terkini kami. Apabila anda mula menyertai Rentokil Initial, anda akan menghadiri program induksi di mana anda akan dilatih untuk menjadi ahli kami di dalam bidang ini. Pengetahuan anda mengenai produk, perkhidmatan dan organisasi akan dibina lebih meluas. Beberapa latihan ini akan dilakukan secara bersemuka tetapi kami juga mempunyai universiti atas talian di mana anda boleh mengasah pengetahuan anda mengenai produk kami!