Perkhidmatan kami

Jenis perniagaan lain yang pakar dalam bidang masing-masing

Perkhidmatan perubatan

pengumpulan bahan buangan berbahaya.

Workwear

pembuatan pakaian seragam untuk pekerja industri (Perancis).

Penjagaan Harta Tanah

untuk 'damp proofing', cacing kayu, rawatan kayu reput (UK).

PremiumScenting

menengahkan penggunaan dan kekuatan aroma untuk meningkatkan mutu pengalaman pelanggan.

Pakar Hygiene

untuk perkhidmatan 'hygiene' khusus (UK dan Eropah).


Rentokil Pest Control (kawalan makhluk perosak)

Rentokil adalah syarikat kawalan makhluk perosak komersial terkemuka di dunia yang menyediakan tahap pengurusan risiko, jaminan dan respons yang tinggi kepada pelanggannya.

Di seluruh dunia, pemilik perniagaan dan rumah mempercayai Rentokil untuk menyelesaikan masalah makhluk perosak di tempat mereka. Kami menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan kawalan serangga seperti tikus, serangga terbang dan juga yang merayap, dan pengurusan haiwan liar lain. Negara-negara berbeza mempunyai cabaran mereka tersendiri, misalnya masalah ular di Afrika Selatan dan anai-anai di Amerika. Kami mempunyai saluran inovasi yang kukuh. 'The Power Centre' adalah medium kepada kami dalam menyediakan penyelesaian yang efektif dan inovatif untuk mengawal makhluk perosak dengan penekanan tertentu yang dikhususkan pada kesihatan, keselamatan dan perlindungan alam sekitar.

 

Adakah anda tahu?

perkhidmatan bertaraf bintang kami 'Internet of Things' menggunakan alatan sensor dan sambungan mudah alih. Unit-unit ini berkomunikasi dengan 'Command Centre' secara atas talian di mana juruservis dan pelanggan kami akan dimaklumkan melalui aplikasi myRentokil, portal pelanggan atas talian terkemuka di industri ini. Ianya membolehkan tindak balas yang cepat terhadap masalah baru yang muncul di tempat pelanggan sebelum ia menular menjadi lebih teruk.

adalah rawatan haba bebas kimia yang digunakan untuk mengawal pepijat katil dan membantu mencegah serangan berulang. Rawatan haba membunuh semua peringkat hayat serangga perosak ini - daripada telur, larva, sehinggalah serangga dewasa - di dalam satu rawatan.

Rentokil menjalankan penyelidikan berterusan supaya lebih maju dalam industri ini dan memastikan ianya selaras dengan kelayakan dan syarat-syarat pengawalseliaan yang ditetapkan. Sebagai contoh, unit kawalan tikus RADAR kami menggunakan CO2, bukan seperti unit kawalan tikus tradisional yang lain.


Initial Hygiene

Initial Hygiene menyediakan perkhidmatan pakar 'hygiene' yang khusus. Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan 'hygiene' untuk bilik air termasuk penyediaan dan penyelenggaraan produk seperti penyegar udara, produk sanitari (sanitsers), unit pelupusan tuala wanita, mesin pengering tangan, dispenser tuala kertas dan linen, dispenser sabun, dispenser tisu tandas dan alas kaki untuk penjagaan lantai anda.

Dua rangkaian 'hygiene' kami, 'Singnature' dan 'Reflection', menawarkan pelbagai perkhidmatan yang mengutamakan suasana lebih selesa yang konsisten di bilik air pelanggan kami.

Persekitaran kerja yang bersih adalah lebih selamat dan lebih sihat untuk para pekerja. Kewujudan amalan kebersihan yang baik dapat mengurangkan risiko jangkitan berbahaya di dalam seluruh organisasi. Hasilnya, hari-hari kerja yang tidak efisien kerana masalah kesihatan dapat dikurangkan, sekaligus membantu kepada penjimatan kos dan peningkatan produktiviti.

 

Adakah anda tahu?

Initial telah melancarkan pelbagai produk 'hygiene' tanpa sentuh (no-touch) untuk mengurangkan risiko penyebaran pencemaran melalui sentuhan di dalam bilik air.

Produk 'hygiene' baru kami boleh didapati di dalam sembilan warna dan tiga kemasan - supaya lebih sesuai dipadankan dengan hiasan bilik air pelanggan kami, serta membina standard 'hygiene' yang tinggi.

Umum mengetahui akan kepentingan amalan mencuci tangan yang baik selepas menggunakan tandas, dan kesedaran ini masih boleh diperbaiki di dalam setiap organisasi. Rentokil Initial telah menjalankan beberapa siri percubaan melibatkan 100,000 orang responden dalam pematuhan pencucian tangan. Hasil daripada percubaan ini, tabiat mencuci tangan selepas penggunaan tandas meningkat antara 30-50% apabila 'HygieneConnect' dipasang. Ini menunjukkan bahawa inovasi produk kami telah mengubah tingkah laku pengguna dengan berkesan dan secara berterusan.

Di UK, Initial Hygiene telah menggantikan 50,000 penyegar udara berasaskan aerosol dengan unit 'Modular Airfesh'. Ianya lebih mesra alam dengan pengurangan sisa sebanyak 46%, termasuk pengurangan 25% bahan kimia (digantikan dengan produk yang mempunyai tahap ketoksikan yang lebih rendah dan tidak mudah terbakar supaya dapat dilupuskan dengan lebih selamat).