
Jadilah sebahagian daripada syarikat terkemuka di dunia.
Mengapa bekerja untuk kami

Sebahagian daripada pasukan yang berjaya.
Jadilah sebahagian daripada syarikat terkemuka dunia. Rentokil Initial menetapkan piawaian baharu dalam apa yang dilakukan melalui inovasi dan teknologi digital terkini. Kami berjanji untuk menjadi Majikan Pilihan, bertindak secara bertanggungjawab dan dengan penuh rasa hormat.
Kami juga menghargai bahawa ramai rakan sekerja kami mempunyai hobi seperti bersukan, dan kami memahami bahawa anda menghargai masa bersama keluarga anda.

Peluang untuk menambah pendapatan sampingan.
Banyak peranan dan tugas mampu memberi peluang kepada anda untuk mendapatkan lebih banyak pendapatan tambahan melalui bonus dan komisen.

Tanggungjawab peribadi.
Anda dikehendaki menyelesaikan tugasan yang diberikan (seperti lawatan ke tempat pelanggan) secara bersendirian - di mana pengurus anda tidak akan menguruskan segalanya untuk anda. Bagi mereka yang mempunyai peranan berkaitan 'route-based' - anda bertanggungjawab dengan laluan servis anda - kami akan sentiasa membantu dan menyokong, namun anda haruslah mengetahui kawasan servis anda dan mencari input terbaik untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan.
Laluan kerjaya
Setiap peranan yang kami berikan mempunyai laluan kerjaya yang memberi potensi kepada anda sebagai pendapatan tambahan.
Sebagai contoh, ini adalah struktur gred empat peringkat untuk Juruservis 'Hygiene'.
Juruservis 'Rookie' (rekrut baharu) – dalam latihan
Juruservis Tahap 1 – menjalankan laluan perkhidmatan sendirian
Juruservis Tahap 2 – berpeluang untuk memasang produk di tapak pelanggan, sebagai potensi pendapatan tambahan - berkomitmen untuk bekerja lebih masa jika perlu.
Juruservis Tahap 3 – berpeluang untuk memasang produk di tapak pelanggan, sebagai potensi pendapatan tambahan - cover relief routes
Latihan dan pembangunan
Rentokil Initial menawarkan pelbagai program latihan dan pembangunan untuk meningkatkan kemahiran rakan sekerjanya.
U+ adalah sebuah pusat pembelajaran dan pembangunan dalaman kami. Ia menyampaikan program melalui pelbagai saluran, termasuk kursus dalam talian melalui portal U+; secara bersemuka dan program berasaskan kerjasama berpasukan. Lebih 300 kursus dan video dimuatkan setiap tahun oleh pasukan kami yang berkisarkan topik-topik seperti jualan, amalan terbaik teknikal dan operasi.
Sebagai contoh keupayaan latihan kami, salah satu daripada operasi negara kami telah menyampaikan lebih dari 3,000 hari untuk latihan teknikal pada tahun lepas.
Bagaimana rasanya bekerja di Rentokil Initial?
Pertama, kami berperanan sebagai sebuah syarikat tempatan yang membolehkan anda bekerjasama dengan mereka yang tinggal di kawasan yang sama, tetapi kami juga merupakan syarikat nasional dan antarabangsa agar dapat memberi peluang kepada anda untuk terus maju dalam peranan lain seterusnya mengembangkan kerjaya bersama syarikat ini di mana ianya adalah digalakkan.
Di mana jua anda bekerja dengan kami dan apa sahaja peranan anda, terdapat beberapa asas yang dikongsi bersama:
Kami adalah sebuah syarikat jualan dan perkhidmatan yang berusaha untuk memenuhi keperluan pelanggan sepanjang masa. Kami mempunyai budaya yang dipupuk untuk 'berusaha dengan lebih lagi', dan sentiasa mencari cara baharu untuk melakukan sesuatu perkara dengan lebih baik. Jika kami mendapat bukti bahawa perkhidmatan tidak dilaksanakan dengan cara yang sepatutnya, kami menangani sebarang masalah berkaitan dan memperbaiki keadaan tersebut dengan secepat mungkin.
Pakar profesional adalah nadi dalam pendekatan kami. Kami memberikan latihan industri terkemuka dan melabur dalam cara yang lebih baik untuk menyampaikan perkhidmatan kami. Kami berhasrat untuk 'Buat Dengan Betul Pertama Kali'. Walau bagaimanapun, tidak ada yang lebih penting daripada keselamatan rakan sekerja dan pelanggan. Prestasi keselamatan kami adalah di tahap kelas Dunia. Kami mahu semua orang pulang ke rumah dengan selamat.
Rentokil Initial adalah tempat yang praktikal, rendah diri dan mesra untuk bekerja, di mana segala peraturan dan sistem yang dibuat adalah jelas dan dialog perbualan adalah digalakkan untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan kami. Pemimpin kami sentiasa hadir dan melibatkan diri, dan terdapat banyak peluang untuk anda memberi pandangan, berkongsi pengalaman dan membantu membentuk syarikat kami. Kami sentiasa mengucapkan 'terima kasih' dan mengiktiraf pencapaian anda.
Pekerja-pekerja kami sentiasa bekerja keras dan boleh dipercayai. Ada masanya, kami beroperasi di dalam persekitaran yang mencabar tetapi juga di beberapa tempat yang menakjubkan - dari istana dan bangunan parlimen sehinggalah ke kelab sukan terkenal dan tempat-tempat muzikal.
Syarikat kami mempunyai budaya perkhidmatan yang panjang dan lama. Kami mahu orang ramai membina kerjaya yang panjang dan berjaya dengan kami. Buat masa ini, mereka yang paling lama bekerja dengan kami telah bersama kami selama 49 dan 48 tahun!
Kami menetapkan piawaian amalan perniagaan yang tinggi, yang secara jelas dinyatakan di dalam Kod Tatakelakuan ('Code of Conduct') kami. Kami yakin dan percaya untuk menjadi syarikat yang memberikan hasil yang hebat dan melakukannya dengan cara yang betul, melayan rakan sekerja, pelanggan, pembekal dan masyarakat setempat dengan rasa hormat dan kejujuran.
Kami adalah organisasi yang mempunyai banyak kepelbagaian dan ingin memperluaskannya lagi kerana kami percaya bahawa kepelbagaian dan inklusif bukan hanya betul secara moral tetapi juga mampu menyokong prestasi perniagaan dengan menggalakkan mereka yang berkebolehan tinggi untuk menyertai syarikat, inovasi yang lebih hebat dan meningkatkan hasil yang lebih baik.
Kami mempunyai komitmen untuk kemajuan saintifik dan inovasi yang membezakan kami daripada persaingan. Kami juga mempunyai saluran model linear yang inovatif dan produk berkait rapat dengan digital. Kami bekerjasama dengan Google dan syarikat inovatif yang lain untuk mengekalkan kedudukan kepimpinan ini dan beroperasi di barisan hadapan industri kami.
Kami adalah yang utama dan teratas di dalam bidang kami. Kami mempunyai pasukan yang terbaik dan kami menyediakan inovasi terbaik, alat digital dan latihan dan pembangunan dalam industri kami.
Kod Tatakelakuan kami boleh didapati di sini