ambius-watering-hero-lg
Rentokil Initial mengendalikan kira-kira 2,000 buah pasukan tempatan dalam peranan jualan dan perkhidmatan yang merentasi sebahagian besar pekan dan bandar terbesar di dunia.

Siapa kami

Kami adalah syarikat tempatan dengan jangkauan antarabangsa di 70 buah negara.

Pelanggan kami terdiri daripada pasar raya dan restoran tempatan sehingga ke loji industri berskala besar dan syarikat pengeluaran makanan.

Ini adalah sebuah syarikat yang berkembang pesat. Sepanjang lima tahun yang lalu, kami telah berkembang dengan maju dan kisah pertumbuhan kami diteruskan lagi dengan inovasi pasaran terkemuka, alat digital terkini dan latihan terbaik untuk rakan sekerja.

Sebagai syarikat FTSE 100 - kami memikul tanggungjawab terhadap rakan sekerja, pelanggan, pemegang saham, persekitaran dan komuniti di mana kami melakukan kerja dengan serius.

who-we-are-Rentokil

Juruservis kami menyediakan perkhidmatan yang penting kepada pelanggan seperti kawalan serangga perosak, kebersihan bilik air, hiasan tanaman landskap dan perkhidmatan haruman.

we-are-ambius

Pasukan kami adalah praktikal, bekerja keras dan unggul dalam membina hubungan jangka panjang dengan pelanggan dan orang lain dalam pasukan mereka.

we-are-initial

Pasukan jualan kami juga ditugaskan secara tempatan untuk memastikan mereka mempunyai pengetahuan tempatan yang luas dan dapat mensasarkan pelbagai jenis syarikat.


Nilai kami

Nilai kami adalah Perkhidmatan, Hubungan dan Kerja Berpasukan. Ini merupakan nadi perniagaan kami, berasas dan rendah diri sama seperti mereka yang memakai pakaian seragam kami di seluruh dunia.

Anda dapat membina hubungan baik bersama pelanggan dan rakan sekerja anda - kebanyakan daripada mereka telah bersama kami selama bertahun-tahun dan anda berpeluang untuk saling mengenali antara satu sama lain. 

Mereka juga berasa bangga memakai pakaian seragam.

Kami berharap anda juga begitu.

who-we-are-our-values

Misi kami adalah untuk Melindungi Manusia dan
Meningkatkan Kehidupan

Adakah anda mahu melindungi manusia sejagat dan meningkatkan taraf kehidupan mereka?

Kami lakukan ini dalam pelbagai cara, contohnya mengawal nyamuk yang berkaitan dengan penyakit seperti Demam Denggi, virus Zika dan Malaria; mengurangkan penyebaran kuman melalui kemudahan mencuci tangan yang lebih berkesan; mempromosikan tempat kerja yang lebih selamat; dan menyediakan penanaman berwarna-warni yang meningkatkan persekitaran kerja dan ruang dalaman yang lain. Terdapat banyak cara di mana kita boleh melindungi manusia dan meningkatkan kehidupan.

Sertai syarikat terkemuka di dunia

who-we-are-brand

Rakan Sekerja kami adalah Jenama kami

Anda adalah jenama kami.

Orang adalah perniagaan kami - mereka ialah pakar dan mampu memberikan perkhidmatan terunggul kepada pelanggan.

Mereka juga menunjukkan komitmen yang besar antara satu sama lain setiap hari sebagai satu pasukan. Sebagai sebuah syarikat yang berkembang pesat, kami arif bahawa untuk terus berjaya, kami mesti memberi inspirasi kepada rakan sekerja dan mampu menarik orang baharu yang berkebolehan tinggi untuk menyertai kami.

Rakan sekerja kami merupakan pakar dalam bidang mereka. Mereka mewakili Rentokil Initial dan menyampaikan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pelanggan.

Apapun pengalaman atau latar belakang anda, umur atau pendidikan, dengan sikap dan nilai yang betul, ada peranan yang sempurna untuk anda di Rentokil Initial.

who_we_are_heritage

Warisan kami

Di Rentokil Initial, kami mempunyai warisan perkhidmatan dan inovasi yang berterusan.

Jenama Initial bermula pada tahun 1903 apabila nama parap pelanggan kami dijahit di atas tuala dan kain mereka untuk memastikan mereka hanya menerima barangan mereka sendiri. Rentokil bermula pada tahun 1925 apabila bumbung kayu 'Westminster Hall London' di Rumah Parlimen berada di bawah ancaman kumbang 'Deathwatch'. Pengasas kami mencipta bendalir baharu yang berjaya mengawal serangan infestasi dan selebihnya menjadi sejarah.

Sejak itu, inovasi telah wujud di dalam DNA kami.

Woman in lab coat with a cromatography machine

Pemimpin dalam Inovasi

Inovasi adalah sebahagian daripada DNA kami sebagai sebuah syarikat. Setiap tahun kami melancarkan produk baharu yang menetapkan piawaian baharu untuk industri kami, menyediakan pasukan jualan kami dengan produk dan perkhidmatan baharu yang menarik untuk dijual, dan alatan baharu untuk digunakan oleh pasukan perkhidmatan kami.

Sepanjang karier anda dengan Rentokil Initial, anda akan belajar berterusan dan diberi peralatan baharu, produk baharu dan perkhidmatan baharu di mana kami akan berterusan membuat kemajuan baharu.

Baru-baru ini syarikat telah melancarkan beberapa 'world firsts' (yang pertama di dunia).

who_we_are_lumnia
Lumnia

rangkaian perangkap serangga LED komersil yang pertama - mengurangkan penggunaan kuasa untuk pelanggan sehingga 60%, berbanding dengan unit tradisional.

who_we_are_signature
Signature

salah satu produk kebersihan bilik air kami yang mempunyai salutan permukaan khas yang mengurangkan penyebaran kuman.

who_we_are_pestconnect
PestConnect

sistem kawalan tikus pertama yang mempunyai sinar infra merah, menggunakan CO2 dan bukannya racun tradisional, sambungan mudah alih dan pemantauan 24/7/365 dalam talian.

who_we_are_premiumscenting
Premium Scenting

penyegar udara aerosol konvensional yang menggunakan titisan berat yang secara purata meliputi kawasan seluas sepuluh kaki sehingga sepuluh minit lamanya. Premium Scenting oleh Ambius menggunakan zarah bersaiz mikro yang sangat ringan yang membuatkannya terapung secara seragam dan tersebar merata di seluruh ruang.

who_we_are_rapidpro
RapidPro

racun tikus yang bertindak paling cepat di pasaran. Tetapi apa yang paling bernas ialah apabila saintis kami telah mencipta resepi di mana tikus sukakan rasanya.

who_we_are_vision

Visi Kami

Untuk menjadi sebuah syarikat perkhidmatan bertaraf dunia, melindungi orang ramai dan meningkatkan taraf kehidupan melalui inovasi industri terkemuka; kualiti produk dan perkhidmatan terbaik di dalam kelasnya, dan menjaga rakan sekerja, pelanggan dan komuniti di seluruh pelosok dunia.

Glob dunia
70 negara
people
36,000 pekerja
customers
2 juta pelanggan
local-service-teams
2000+ pasukan 
servis tempatan